Kelebihan Bekam Dan Akupuntur

Pasti ramai diantara pembaca tertanya-tanya apakah kelebihan-kelebihan bekam dan akupuntur ini. Jadi dibawah ini saya menyenaraikan beberapa kelebihan rawatan alternatif ini:

  1. Terdapat beberapa dalil tentang bekam diantaranya:
  • a. Dalil yang terdapat dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda:

                                                  إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

Artinya:
        “Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).”

  • Dalil yang terdapat dalam hadits, dari Jabir Almuqni berkata, “Aku tidak akan merasa sehat sehingga berbekam, karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rosulullah Sholollohu Alaihi Wasalam bersabda, “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.”

2. Aktivit berbekam mampu membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang. Selain mengeluarkan darah toksin dan melancarkan semula peredaran darah yang mungkin tersekat, bekam dapat menggalakkan metabolisme badan.

3. Diantara beberapa penyakit yang dapat dirawat oleh aktiviti bekam termasuk stress, tekanan, migrain, vertigo, membuang anasir makhluk halus melalui aliran darah, menajamkan penglihatan,meringankan tubuh, mengurangkan risiko serangan strok, melegakan demam, memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan, mengatasi keracunan dengan membekam kawasan gigitan haiwan berbisa sementara mendapatkan rawatan susulan di hospital, mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah, dan banyak lagi.

4. Bagi akupuntur pula, rawatan ini lebih kepada melancarkan semula peredaran darah keseluruh badan. Titik-titik meridian (jalur tenaga) tertentu dipilih bagi tujuan tusukan jarum akupuntur. Penggunaan moksabusi pada titik-titik meridian juga mampu merawat dan merangsang aliran darah. Terdapat lebih 300 titik meridian pada badan manusia namun titik-titik ini dipilih berdasarkan hasil diagnosis diperingkat awal rawatan.

titik meridian
moksabusi pada jarum akupuntur

 

5. Diagnosis. Bagi rawatan alternatif seperti bekam dan akupuntur, sesi diagnosis akan dijalankan diperingkat awal dimana nadi kedua-dua belah tangan dan lidah pesakit akan diperiksa terlebih dahulu. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti organ badan yang mempunyai tenaga (chi) yang lemah atau tidak seimbang sebelum memilih titik bekam atau titik akupuntur.

diagnosis nadi
diagnosis lidah