APA ITU RAWATAN BEKAM DAN AKUPUNTUR?

APA ITU RAWATAN BEKAM DAM AKUPUNTUR?

Rawatan Bekam dan Akupuntur merupakan suatu cabang ilmu perawatan alternatif. Rawatan bekam berasal dari umat Islam yang mana junjungan besar kita nabi Muhammad SAW sendiri pernah dibekam beberapa kali sepanjang kehidupan beliau. Maka rawatan bekam sudah sangat sinonim dengan umat Islam seluruh dunia.

Bekam merupakan aktiviti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membuat torehan kecil dipermukaan kulit kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor menggunakan tanduk atau cawan panas dalam tempoh tertentu. Tukang bekam, jurubekam atau pembekam adalah gelaran yang digunakan kepada pihak yang bertugas menjalankan aktiviti bekam. Dalam istilah Inggeris, berbekam dipanggil cupping.

Terdapat banyak istilah yang digunakan dalam rawatan bekam seperti bekam api, bekam angin, bekam luncur dan bekam darah (bekam basah). Namun, bekam darah dianggap sebagai bekam peringkat tertinggi kerana ianya mengeluarkan darah dan angin semasa proses pemvakuman cup bekam.

Sementara akupuntur pula berasal dari negara China. Mengikut sejarah, rawatan akupuntur ini hanya digunakan oleh golongan bangsawan selama beberapa dinasti. Namun, lama-kelamaan akupuntur mula digunakan secara meluas oleh rakyat jelata kerana keberkesanannya. Sehingga kini, pemilihan rawatan akupuntur masih lagi dianggap releven kerana keberkesanannya dalam merawat dan memulihkan penyakit.

Justeru, rawatan bekam dan akupuntur harus dipandang tinggi oleh masyarakat bagi merawat dan memulihkan penyakit yang dihidapi selain menjalani rawatan konvensional.

Wallahualam.