Kesihatan

APA ITU BEKAM

BERBEKAM

  1. APA ITU BERBEKAM?

Berbekam menurut Kamus Dewan merupakan aktiviti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membuat torehan kecil dipermukaan kulit kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor menggunakan tanduk atau cawan panas dalam tempoh tertentu. Tukang bekam, jurubekam atau pembekam adalah gelaran yang digunakan kepada pihak yang bertugas menjalankan aktiviti bekam. Dalam istilah berbekam dipanggil cupping.

 

  1. GALAKAN BERBEKAM OLEH RASULLULLAH SAW

Galakan berbekam ini bukanlah hanya dating dari bagind Nabi Muhammad SAW sahaja. Tetapi, ia turut hadir dari para malaikat sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

” Pada malam aku diisra’kan, aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata kepada aku. ” wahai Muhammad hendaklah kamu berbekam “.

Justeru, kita sangat digalakkan untuk melakukan aktiviti berbekam ini bukan hanya mematuhi sabda baginda tetapi juga untuk kesihatan badan kita sendiri.

 

  1. SEBAB-SEBAB BERBEKAM

Diantara sebab yang diharuskan berbekam adalah seperti berikut:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Badan terasa lesu, letih dan sering mengantuk
  3. Sakit atau sengal-sengal dibahagian leher dan bahu
  4. Kulit wajah kusam dan jerawat melanda
  5. Kadar gula melebihi paras normal
  6. Sakit sendi terutamanya kaki disebabkan oleh gout
  7. Kerap sakit kepala atau migraine
  8. Haid tidak teratur atau tidak lancer
  9. Kadar kolesterol dan kolesterol jahat melebihi paras normal

 

  1. FAEDAH2 BERBEKAM
  2. JENIS2 BEKAM
  3. WAKTU2 DIHARUSKAN BERBEKAM
  4. LARANGAN BERBEKAMh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *