0

SIAPAKAH MISHARY RASHID AL-AFASY

Siapa diantara anda yang mengetahui siapakah dia Mishary Rashid Al-Alafasy?

Mishary Rashid Al-Afasy

YA.

Beliau seorang Qari dan penyanyi nasyid dari negara Kuwait, seorang Imam di Masjid Al-Kabir di Bandar Kuwait dan memimpin Solat Terawikh dalam bulan Ramadhan setiap tahun disana. Dilahirkan pada 5 September 1976  di Kuwait dan mendapat pendidikan di Kolej Al-Quran dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah, sering muncul ditelevisyen, Youtube dan MukminTV.

Apa yang mengkagumkan saya tentang MRAA adalah bacaan beliau sangat merdu dan sangat menyentuh hati. Benar, saya tidaklah memahami sepenuhnya setiap patah perkataan bahasa Arab dari kitab suci Al-Quran. Benar, sebelum ini pun saya hanya mendengar bacaan Al-Quran tanpa benar-benar menghayati maknanya. Namun, setelah mendengar bacaan MRAA dalam beberapa surah seperti Surah Al-Rahman dan Surah Al-Waqiah, seperti MRAA bercerita kepada pendengar seperti apa yang disampaikan dalam Al-Quran. MRAA membawa pendengar menghayati dan memahami apa yang Allah SWT sampaikan seperti termaktub dalam setiap surah didalam Al-Quran melalui pembacaannya.

Sebagai contoh, makna bagi Surah Al-Rahman (membawa maksud Yang Maha Pemurah) yang merupakan surah ke-55 dalam Al-Quran (surah Makkiyah; mengandungi 78 ayat). Ianya merupakan PERINGATAN YANG DIULANG-ULANG dari Allah SWT tentang nikmat yang dikurniakan-Nya kepada manusia. Apabila sampai kepada ayat : FABIAYYI ALAA ‘IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan), maka meremanglah bulu roma dan merasa tersangat berdosa diri ini kepada Sang Pencipta kerana merasa sangat sedikit bersyukur kepada-Nya. Ayat ini dulang-ulang sebanyak 30 kali. Dan sangat indah serta mengalir berirama. Tanpa disedari, mengalir air mata ini……subhanallah….

Contoh yang lain adalah surah Al-Waqiah. Surah yang memiliki kehebatan tersendiri yang mana pembaca akan dikurniakan Allah SWT dengan kekayaan. Namun, apabila dihayati bacaan MRAA, kita boleh merasai bahawa Allah SWT mempersoalkan keupaayan manusia yang ingin menentang-Nya sebagai Sang Pencipta. Dan diakhir surah ini Allah SWT mengingatkan manusia supaya sentiasa bertasbih mengingati-Nya. Betapa Allah SWT sayang umat-Nya dari ancaman api neraka dan penyesalan buat selamanya.

Apa sekalipun, MRAA seorang tokoh agama yang sepatutnya dicontohi kita semua. Marilah kita memperbaiki amalan seharian kita dan menjadikan Islam dan Al-Quran sebagai pegangan hidup. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan didunia dan diakhirat, in-Shaa Allah. Wallahualam.

 

MUKA UTAMA

nuzulhakimi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *