0

Dimana Hilangnya Nilai Kesabaran?

Saya bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan disebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Sebagai seorang staff yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran perkhidmatan yang ditawarkan, saya tidak terlepas untuk menjawab segala persoalan dari pelanggan terutama yang melibatkan kualiti perkhidmatan. Dapat saya simpulkan disini bahawa pelanggan atau pengguna di Malaysia sudah semakin bijak menilai tahap perkhidmatan setiap telko komunikasi di Malaysia. Malah ada diantara mereka yang mampu memberikan kelebihan dan kekurangan telko-telko yang digunakan sebelum ini sebagai perbandingan kepada kami.

Suatu hari berlaku masalah perkhidmatan disyarikat saya bekerja sehingga menyebabkan pelanggan mengalami gangguan seperti kesukaran menggunakan internet dan membuat panggilan keluar. Sebagai staff, kami telah diberitahu lebih awal tentang masalah ini dan harus bersedia dengan jumlah panggilan yang akan memuncak dalam masa beberapa jam lagi.

Seperti yang dijangka, peratusan jumlah panggilan memuncak dengan kadar yang sangat singkat. Kami hanya dapat menjawab dalam kadar yang singkat juga bagi memastikan skor “inbound call” tidak jatuh menjunam.

Terus terang saya sangat merasa hampa dan sedih dengan nilai jatidiri pengguna terutamanya yang masih muda. Kenapa? Sebab muda mudi sekarang ini semacam telah HILANGNYA NILAI KESABARAN yang sepatutnya ada dalam diri masing-masing.

Ada sesetengah pelanggan yang memberitahu untuk melaporkan kesilapan ini kepada SKMM untuk tindakan lanjut kementerian berkenaan. Ada yang mengugut untuk “port out” ke Telko yang lain bagi mendapatkan servis yang lebih baik dan stabil. Tidak kurang ada juga pelanggan yang dengan nada bengis memaksa untuk dipulangkan segala pembayaran yang mereka buat bagi bil-bil sebelumnya serta merta kedalam akaun masing-masing diatas kesulitan yang dihadapi. Semacam sudah hilang nilai kesabaran dalam diri.

Ada yang tanpa segan silu memaki hamun kami walaupun mereka tahu perkataan yang dikeluarkan itu sungguh tidak enak untuk didengar. Mereka berbuat demikian kerana berlaku ‘sistem error’ dalam sistem komunikasi kami dan menyebabkan kerja harian mereka yang meggunakan Internet juga turut terjejas.

Ya, kami faham kesulitan pelanggan. Benar mereka sangat memerlukan servis Internet sebagai suatu keperluan harian. Benar, ada diantara pelanggan yang 100 peratus mengharapkan Internet sebagai medium untuk menjalankan urusan kerja dan perniagaan. 

Tetapi para pembaca harus ingat. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Dan syarikat tempat saya bekerja juga mempunyai jalan penyelesaian bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi pada waktu tersebut.

Pihak pengurusan bersetuju untuk memberikan data percuma kepada pelanggan yang terkesan dengan masalah teknikal yang dihadapi untuk beberapa minggu tersebut. Pengumuman tersebut dibuat melalui laman sesawang rasmi syarikat kami dan di Facebook.

Maka dengan itu, banyak juga respon positif dari pelanggan kami telah terima. Syukurlah dan diharapkan pelanggan akan terus setia menggunakan servis dari syarikat telekomunikasi tempat saya bekerja. Dan diharapkan juga nilai kesabaran dapat terus disemai didalam hati setiap pelanggan.

Sekian.

 

MUKA UTAMA

nuzulhakimi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *