0

9 Tips Mengawal Penggunaan Data Internet Pada Smartphone

‘EH, KENAPA LOADING JE INTERNET NI? DATA DAH HABIS KE?’
YES! Semua pengguna Smartphone pasti tertanya-tanya apa dah jadi dengan surfing Internet? Siap ada diantara kita yang mengeluh kerana menerima notifikasi sms menyatakan data langganan dah hampir habis digunakan padahal baru saja melanggan data baru..siapa tak terkejut kan? Siap menuduh telefon tu telan data ke ape? Sudah tentu anda tertanya-tanya apakah tips untuk kawal data internet, bukan? Kenapa data cepat habis? hahaahahaha…
Jadi saya akan berkongsi beberapa tips mengawal penggunaan data internet pada smartphone anda. Semoga bermanfaat.
IPHONE :
Untuk iOS 10 keatas, pergi ke SETTING dan matikan beberapa butang seperti berikut:
1) CELLULAR:
  1. a) Wi-fi Assist
  2. b) Use Cellular Data For:
Matikan aplikasi iPhone yang anda fikir tidak diperlukan.
2) GENERAL:
  1. a) BACKGROUND APP REFRESH.
Matikan aplikasi iPhone yang anda fikir tidak diperlukan.
3) iTUNES & APP STORE
  1. a) AUTOMATIC DOWNLOADS
  2. b) USE CELLULAR DATA.
4) NEWS ( ini pilihan anda)
  1. a) BACKGROUND APP REFRESH
  2. b) CELLULAR DATA
5) MUSIC ( ini pilihan anda)
  1. a) CELLULAR DATA
6) VIDEOS( ini pilihan anda)
  1. a) CELLULAR DATA
7) iBOOKS ( ini pilihan anda)
  1. a) CELLULAR DATA
8) PODCASTS ( ini pilihan anda)
  1. a) BACKGROUND APP REFRESH
  2. b) CELLULAR DATA
9) iCLOUD ( ini pilihan anda)
Matikan aplikasi iPhone yang anda fikir tidak diperlukan.
Untuk info lebih lanjut sila klik disini.
ANDROID :
Sila lakukan perkara berikut di smartphone anda untuk mengawal data internet:
  1. Matikan Auto-update Apps. Tekan ikon Google Play > Menu > Setting > Auto-update Apps > Auto-update apps over Wifi only.
  1. Matikan butang Smart Network Switch. Pergi ke Setting > Wifi > More > Smart Network Switch > off butang.
  1. Matikan semua Background Data. Pergi ke setiap Apps dan matikan butang ini.
  1. Tetapkan limit penggunaan data. Anda boleh menetapkan penggunaan data dimana anda akan menerima amaran/peringatan sekiranya sampai ke limit tersebut.
Settings > Wireless & Networks > Data Usage
  1. Matikan ‘ Notifications’ didalam setiap aplikasi telefon sekiranya ada.
  1. Tukar mode rangkaian daripada 4G kepada 3G.
  2. Pergi ke Setting > More Network atau Mobile Network > Preferred Network Mode atau Preferred Network Type > tukar 4G/3G/2G/Auto kepada 3G Only. Setelah menukar mode rangkaian kepada 3G Only ianya juga akan dapat mengatasi masalah panggilan yang diterima masuk ke Peti Simpanan Suara(Voicemail).
  1. Cache Google Maps Data
  2. Jika anda menggunakan Peta Google untuk kegunaa harian atau merancang perjalanan, anda akan menggunakan banyak data. Untuk meminimumkan penggunaan data, anda boleh  anda boleh membuat ‘pra-cache’ laluan anda.
Sekiranya perlu untuk anda menggunakan Maps, anda harus ke Wifi > pilih Menu > dan pilih “Offline Areas”.
Dari situ, anda boleh sentuh “Home” untuk memuat turun peta berhampiran rumah anda, atau  pilih ” Custom Area”  untuk memuat turun peta untuk mana-mana kawasan lain yang anda akan pergi.
Sekian dahulu dari saya, terima kasih. Harap-harap ianya membantu 🙂
MUKA UTAMA

nuzulhakimi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *